Thursday, March 10, 2011

TIPS BERSAUNA


Langkah Persediaan
Pastikan anda bebas dari alkohol, sebarang ubat-ubatan atau ubat penenang.
Pastikan anda tidak mengenakan sebarang barang perhiasan logam dibadan anda seperti cincin, rantai leher, anting-anting, gelang ataupon jam tangan.
Pastikan anda tidak mengenakan kanta lekap semasa bersauna.

Sebelum Sauna
Mandi sebelum memulakan aktiviti sauna menggalakkan perpeluhan yang lebih dan membersihkan kotoran dan minyak yang menutup liang roma.
Bersauna menyebabkan anda berpeluh. Jadi anda perlu mengekalkan hidrasi tubuh anda dengan meminum segelas air kosong sebelum dan selepas sesi sauna berlangsung.
Jangan makan makanan berat terutamanya karbohidrat kompleks yang mengambil masa untuk dicernakan sebelum memulakan sesi sauna. Ini kerana aliran darah akan tertumpu ke bahagian perut untuk proses pencernaan sedangkan semasa sesi sauna aliran darah sepatutnya tertumpu ke bahagian kulit untuk membantu mengawal suhu badan.

Semasa Sauna
Setkan sesi sauna anda selama 15min-20min
Segera hentikan sesi sauna dan sejukkan badan anda jika merasa pening
Semasa sauna liang roma akan terbuka

Selepas Sauna
Mandi selepas selesai sesi sauna untuk menyejukkan badan anda dan menutup kembali liang roma yang terbuka.
Minum air secukupnya untuk menggantikan cecair badan yang telah hilang.

Amaran
Sauna tidak sesuai untuk wanita hamil, kanak-kanak, warga emas dan juga mereka yang menghidap sakit radang paru-paru dan juga lain-lain penyakit yang melibatkan masalah pernafasan.

JOM SAUNA!!!

Adakah anda tergolong dalam kategori berikut?

  • Tiada masa untuk bersenam
  • mempunyai masalah kesihatan
  • mempunyai masalah berat badan
  • kulit bermasalah
  • mengalami tekanan kerja
  • masalah tidur yang tidak lena atau mengalami kesukaran untuk tidur

Bersauna adalah pilihan terbaik untuk anda. Tahukah anda? Dengan bersauna, pelbagai pakej menarik menanti anda. Antaranya :
1.Pakej Kecantikan
Mencantikkan kulit, menanggalkan daki-daki pada celah-celah badan seperti ketiak, paha, tengkuk, jeragat di muka & melancarkan peredaran darah.
2.Pakej Pelangsingan Badan
Mampu membakar lemak (sehingga 600 kalori), sama seperti berjogging sejauh 5 km! Amat berkesan untuk menguruskan badan.
3.Pakej Kesihatan
Mengurangkan demam, selsema, lendir, kahak, alahan hidung, migrain, mengeluarkan toksik, mengurangkan sengal-sengal, sakit sendi, meningkat metabolisma, meningkat pengaliran darah, memcahkan lemak lemak, kolestrol baru dan lama, mengurangkan berlaku penyakit jantung, strok dan darah tinggi, anti penuaan dan masalah tidur.
4.Pakej Lepas Bersalin
-Mengecutkan perut, rahim, paha, menyembuhkan luka-luka dalaman, menjadikan ibu lebih bertenaga & cergas.
Untuk mendapatkan manfaat-manfaat kesihatan seperti di atas, anda perlu membayar keahlian gym yang mahal atau berbelanja besar ke spa-spa kecantikan.

Saya perkenalkan produk pilihan KZ saunadirumah.blogspot.com




1. EZY FIR SAUNA

Ezy FIR Sauna menggunakan teknologi Far Infra Red. Ia memancarkan haba melalui 3 panel pemanas di dalamnya. Dengan menggunakan sauna mudah alih, anda boleh menikmati manfaat kesihatan bersauna dengan lebih privacy malah lebih menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang.
Manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada bersauna akan lebih diperkuatkan lagi apabila menggunakan sauna dengan teknologi infrared ini. Cahaya inframerah tidak dapat dilihat sama seperti cahaya matahari. Sauna ini lebih berkesan dan tidak akan mencapai tahap suhu yang merbahaya kepada pengguna.
Keistimewaan Far Infra Red sauna ini ialah pemanasan haba difokuskan kepada badan pengguna dan bukan udara sekeliling badan. Dengan ini peluh yg terhasil adalah lebih banyak walaupun pada suhu yang lebih rendah. Jadi pengguna dapat menikmati kehangatan sauna dengan lebih relaks.
Berbanding sauna jenis wap, udara sekeliling akan dipanaskan terlebih dahulu untuk menyampaikan haba kepada tubuh pengguna dan menyebabkan pengguna tidak dapat bertahan lama semasa bersauna.
Ezy Far Infrared Sauna mudah dipasang di mana-mana ruang dirumah anda dan amat mudah juga untuk disimpan tanpa mengambil ruang yang besar.


  • KEISTIMEWAAN FAR INFRARED SAUNA

Far Infrared Sauna boleh memberikan banyak faedah kesihatan untuk anda. Terapi sauna ini amat berguna untuk proses detoks dan memperkuatkan imuniti badan kita.
Toksin di dalam badan menggalakkan penyimpanan lemak yang tidak perlu di dalam badan dan boleh menyebabkan pertambahan berat.
Peningkatan suhu badan dapat menghasilkan lebih banyak sel darah putih di dalam badan manusia di mana sel-sel darah putih ini amat berguna untuk menghalang jangkitan dan virus.
FIR Sauna dapat meningkatkan suhu badan serta membesarkan salur darah dan memastikan pengaliran darah yang lancar. Pengaliran darah yang lancar ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit-sakit badan.
Selain itu, FIR sauna juga dapat membebaskan hormon yang dapat membantu mengatasi stress dan membantu anda untuk merasa lebih relaks.
FIR Sauna mudah alih adalah pilihan terbaik anda untuk hidup lebih sihat tanpa stress dengan kos yang berbaloi dan efektif.

2. DIVA RELAX STEAM SAUNA

Diva relax steam sauna menggunakan kaedah sauna tradisional iaitu pemanasan melalui wap yang dihasilkan dari periuk sauna. Ianya amat mudah dipasang dan mudah juga disimpan tanpa menggunakan ruang yang besar.
Herba sauna atau pati serai wangi boleh digunakan untuk menambahkan lagi khasiat sauna dengan memasukkan herba atau pati tersebut ke dalam periuk sauna.
Dengan Diva Relax Steam Sauna anda dapat menikmati keenakan aromaterapi secara santai hanya dari rumah.

3. Sauna Pants

Bagi mereka yang ingin menumpukan pengecilan dibahagian perut, punggung dan peha sahaja, sauna pants adalah pilihan yang tepat.
Sauna Pants membantu anda menyingkirkan lemak melalui perpeluhan, menurunkan berat badan, menghilangkan selulit, dan melegakan sakit-sakit otot. Selain itu ia juga dapat membantu untuk menyingkirkan toksin dari badan.