Thursday, March 10, 2011

TIPS BERSAUNA


Langkah Persediaan
Pastikan anda bebas dari alkohol, sebarang ubat-ubatan atau ubat penenang.
Pastikan anda tidak mengenakan sebarang barang perhiasan logam dibadan anda seperti cincin, rantai leher, anting-anting, gelang ataupon jam tangan.
Pastikan anda tidak mengenakan kanta lekap semasa bersauna.

Sebelum Sauna
Mandi sebelum memulakan aktiviti sauna menggalakkan perpeluhan yang lebih dan membersihkan kotoran dan minyak yang menutup liang roma.
Bersauna menyebabkan anda berpeluh. Jadi anda perlu mengekalkan hidrasi tubuh anda dengan meminum segelas air kosong sebelum dan selepas sesi sauna berlangsung.
Jangan makan makanan berat terutamanya karbohidrat kompleks yang mengambil masa untuk dicernakan sebelum memulakan sesi sauna. Ini kerana aliran darah akan tertumpu ke bahagian perut untuk proses pencernaan sedangkan semasa sesi sauna aliran darah sepatutnya tertumpu ke bahagian kulit untuk membantu mengawal suhu badan.

Semasa Sauna
Setkan sesi sauna anda selama 15min-20min
Segera hentikan sesi sauna dan sejukkan badan anda jika merasa pening
Semasa sauna liang roma akan terbuka

Selepas Sauna
Mandi selepas selesai sesi sauna untuk menyejukkan badan anda dan menutup kembali liang roma yang terbuka.
Minum air secukupnya untuk menggantikan cecair badan yang telah hilang.

Amaran
Sauna tidak sesuai untuk wanita hamil, kanak-kanak, warga emas dan juga mereka yang menghidap sakit radang paru-paru dan juga lain-lain penyakit yang melibatkan masalah pernafasan.

0 comments:

Post a Comment